Cakar Harimau
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
  • Kod Produk: TB0008
  • ISBN: 983-3494-04-8
  • Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM19.90
  • Harga Ahli VIP: RM18.90 (BP: 4.93)
  • Berat:  300 g
  • Kesesuaian Usia:  Umum
Sinopsis
Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, serta suami isteri baru dan juga yang telah lama berumahtangga. Selain dari membawa senario cinta dari perspektif Islam buku ini menjadi panduan bagaimana menjadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanafaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan. Topik terhangat ialah teknik "Cakar Harimau" dan "Urutan Labah-Labah" yang popular di samping pelbagai tips, petua, doa-doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan rumahtangga seharian.

Kalau dengar ceramah atau CD tentu sukar nak catat doa-doa atau ayat-ayat al-Quran yang diberikan, bukan? Tapi kini semuanya dicetak dengan jelas di dalam buku ini.

Teknik Cakar Harimau (Preview)
Apabila berada di kamar tidur, suami isteri hendaklah saling faham-memahami, bekerjasama dan bertoleransi untuk memenuhi tuntutan naluri masing-masing. Biasanya suami memerlukan layanan mesra dan ungkapan manis dari si isteri. Dalam bergurau senda dan menimbulkan suasana mesra teknik "Cakar Harimau" terbukti mampu meningkatkan lagi keintiman hubungan bersama. Teknik ini dilakukan dalam 7 langkah mudah dan diterangkan secara berperingkat berserta ilustrasi di dalam Bab Enam buku ini.

Antara topik menarik di dalam:

  • Islam dan Cinta
  • Your Family Is My Family
  • Poligami Harus Tapi...
  • Doa-Doa Pilihan Amalan Suami Isteri
Testimoni Produk
"Saya pernah beli buku 'Cakar Harimau' dari akak dulu. Terima kasih kerana memperkenalkan buku tersebut. Kandungannya memang menarik. Apatah lagi bila suami saya juga berminat untuk membacanya. Buat semua isteri2, saya amat galakkan u all beli buku 'cakar harimau' ni... Yang bakal mendirikan rumahtangga pun bagus baca buku ni. Kandungan buku ni memang menarik, siap ada gambarajah cara urutan lagi, tu yg sempoi tuh... Memang leh bagi 2-thumbs up la." ~Puan Noor, Georgetown P. Pinang~
Mereka yang membeli produk ini juga membeli produk-produk berikut:


Amalan Ibu Mengandung
Harga Pasaran : RM19.90
Harga Ahli VIP :
RM18.90
Beli Info