• Kod Produk: MP0001
  • ISBN:
  • Penerbit:
  • Harga Pasaran: RM0.00
  • Harga Ahli VIP: RM0.00 (BP: 0.00)
  • Berat:  g
  • Kesesuaian Usia: 

~STOK TIADA UNTUK SEMENTARA WAKTU~
Sinopsis
“Pelajari dan Hayati Doa”, itulah mesej yang ingin diketengahkan oleh Tilmiz melalui VCD mereka “VCD Tilmiz Doa Vol I”. Selepas album Tilmiz Doa, kumpulan enam orang kanak-kanak ini muncul sebagai watak animasi di dalam VCD ini. VCD ini memuatkan klip- klip video yang penuh animasi dan berwarna-warni, berlatar belakangkan suasana dan landskap tanahair. VCD ini merupakan VCD animasi nasyid yang pertama tanahair, memuatkan doa-doa yang dinasyidkan dari album Tilmiz Doa.

Semenjak tersiarnya “Doa Bersama-sama Telekom” sepanjang bulan Ramadhan tahun lepas, paparan Tilmiz sebagai karakter animasi yang berwarna-warni telah menarik minat dan perhatian kanak-kanak seluruh tanahair. Dengan adanya VCD ini sudah pasti para peminat Tilmiz akan terhibur dengan gelagat watak-watak animasi Tilmiz yang “beraksi” di dalam klip-klip video seperti Doa Makan, Doa Keluar Rumah dan Doa Bangun Tidur. VCD ini dijangka membawa satu kelainan kepada arena “Edutainment”, di mana dengan penggunaan animasi, pembelajaran dan penghayatan doa sebagai satu rutin hidup akan lebih ceria dan efektif.

Kesemua video klip menonjolkan watak-watak animasi Tilmiz di dalam menjalani rutin harian, dari mula bangun tidur sehingga ke malam hari. Misalnya di dalam klip video “Doa Bangun Tidur”, selain dapat mempelajari dan menghayati bacaan doa bangun tidur, kita juga akan dapat melihat gelagat Tilmiz ketika bangun dari tidur dan menjalani rutin yang biasanya dilakukan seperti mengemas katil, bersolat, dan lain-lain rutin yang lazimnya diamalkan rutin ketika bangun dari tidur.

Doa-doa yang terkandung dalam VCD ini adalah:

  • Doa Bangun Tidur
  • Doa Sebelum Makan
  • Doa Selepas Makan
  • Doa Keluar Rumah
  • Doa Masuk Rumah
  • Doa Tidur

 

Testimoni Produk
"VDC TILMIZ tu memang best... jangan kat budak-budak... saya yg mak budak pon suka.. kadang tu dalam opis dok pasang CD tu je.. rasa tenang jer.. dah la kartun nya kiut sesangat..." ~Puan Norliza Zulkifli~

"look like anak I suka benda2 cam tuh...dah bole hafal doa bangun tido n lain2...I pon tumpang sekaki heheheh" ~Puan Suharmi : Lembah Keramat~

"salam...
saya dah terima bungkusan pagi td. dah bg anak tgk vcd doa tu. dia seronok sgt dpt nyanyi lagu doa smpi xnak berenti. TQ"
~Puan Rozimah : Kuala Lumpur~

Mereka yang membeli produk ini juga membeli produk-produk berikut: