|
Buku Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat 2 adalah kesinambungan daripada siri pertama. Namun siri ini membahaskan subjek solat dengan lebih mendalam dan luas meliputi persoalan pembahagian air, najis dan cara membersihkannya, wuduk, tayamum, azan dan iqamah yang merupakan mukadimah solat.
Perbahasan buku kedua juga menghalusi persoalan solat secara menyeluruh bermula dengan penetapan waktu solat, rukun solat, sunat-sunat dalam solat, solat-solat sunat dan pelbagai topik lain yang berkatian dengan ibadah solat.
Buku ini dipersembahkan dalam bentuk yang santai, mudah dibaca dan relaks, tetapi berautoriti berdasarkan rujukan buku-buku tulisan ilmuwan muktabar. Setiap dalil-dalil Al-Quran dan hadis yang dimuatkan di dalam buku ini disertakan dengan matan yang lengkap dan terjemahan yang tepat.
|